Tuesday, March 12, 2013

Kami Designer BAB 8


La..la..la..la..la..la..la..la..

     ‘’ amboi happynya anak mama yang kecik ni. Ada apa-apa ke ni.’’ Datin sarah menyapa anaknya yang sedang leka mendengar lagu sambil membaca novel.

     ‘’ mana ada apa-apa mama. Happy pun tak boleh ke. Hidup kita ni kan harus sentiasa happy. Adik cik seronok sangat bila kita satu keluarga dapat berkumpul macam ni. Dapat peluk mama puas-puas. Dapat bergurau dengan ayah. Menyakat abang ngah dengan abang long. Main dengan anak buah adik cik yang comel-comel tu. Tolong kak long kat dapur. Adik cik rindukan semua ni. Tapi sayang lagi 2 minggu mama dengan papa dah nak balik johor. Abang long pun nak balik johor. Tinggal adik cik dengan abang ngah.’’ Balqis meluahkan segala yang dirindui sambil memeluk mamanya erat-erat.

     ‘’ mama pun rindu nak jumpa anak-anak mama yang cantik dan handsome ni. Cucu-cucu mama. Menantu mama. Balqis belajarlah pandai-pandai. Kejar cita-cita balqis nak jadi seorang pereka fesyen. Walaupun dulu mama bantah cita-cita balqis tu tapi sekarang mama sedar anak mama ni seorang yang sangat berbakat dalam bidang tu. Bila dah Berjaya nanti bolehlah bawa mama dengan papa tinggal dengan balqis.’’ Datin sarah mengusap-usap lembut kepala anaknya walaupun bertudung.

     ‘’ baiklah mama. Balqis janji balqis akan belajar pandai-pandai. Lepas tu balqis buka butik balqis sendiri.’’ Balqis tersenyum.

     ‘’ baguslah kalau macam tu balqis. ayah pun mendoakan kejayaan balqis, anak perempuan ayah satu-satunya.’’ Datuk majid berkata sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di sofa empuk.

     ‘’ habis tu anak ayah yang lagi dua ni tak nak doakan.’’ qayuum menyampuk tiba-tiba.

     ‘’ ayah doakan semua anak-anak ayah Berjaya termasuk menantu ayah dan juga cucu-cucu ayah tak lupa juga mama kamu tu.’’ Datuk majid memeluk erat kedua anak lelakinya.

     ‘’ korang dari mana ni. Berpeluh bagai nak rak. Berjoging ke apa?’’  kata balqis.

     ‘’ abang long dengan abang ngah baru lepas potong rumput kat belakang rumah. Pemalaslah adik cik ni. Rumput pun tak potong.’’ Ibri memarahi balqis dalam nada bergurau.

     ‘’ alah. Adik cik kan perempuan. Takkan nak buat kerja tu kot. Tapi apa-apa pun terima kasih banyaklah abang-abangku sekalian. Memang tunggu korang pun buat kerja yang satu tu. Hehe.. jangan marah nanti cepat tua sebagai balasan malam ni adik cik belanja makan nak tak?’’

     ‘’ boleh juga. Lagipun dah lama tak makan kat luar ni. Ajak mama dengan ayah sekali lah.’’ Ibri memberi cadangan.

     ‘’ ayah dengan mama oke aje. Adik cik nak belanja ayah tak ada hal. Cucu ayah tu ajak sekali.’’

     ‘’ senang ajak satu keluarga lah.’’ Balqis memberi idea bernas.

     ‘’ haa..betul tu. Terima kasih banyaklah adikku tersayang. Abang amat menghargai jasamu.’’ Qayyum memulangkan paku buah keras.

     ‘’ eleh! Ayah tengok lah abang ngah tu. Dia menganjing qis balik. Siku jugak kang.’’ Balqis sudah berperangai mengada-ngada.

     ‘’  mengada-ngada. Menyampah i. I nak pergi mandi dulu. Eee.. cepuk kang’’ qayyum berlagak pondan.

     ‘’ dah..dah.. apa ni gaduh-gaduh. Adik beradik tak baik gaduh-gaduh. Kang ayah tak nak ikut baru tau.’’ Datuk majid meredakan keadaan.

     ‘’ oke ayah.’’ Balqis akur.

     Tiba-tiba anak buah balqis, aurell datang menghampiri balqis yang sedang bermain bersama naufal.

     ‘’ Aurell!!!.... kenapa ni sayang?’’ balqis memeluk anak buahnya yang satu itu.

     ‘’ ucu, arell nak main aeroplane dengan ucu boleh?’’ lembut suara aurell bertutur walaupun sedikit pelat.

     ‘’ boleh sayang! Jum kita main aeroplane dengan ucu kat luar. Ada angin. Siuu…’’

     ‘’ oke ucu’’ kata aurell gembira.

    Di suatu sudut kelihatan dua beradik iaitu ibri dan qayyum sedang leka bermain kad uno sambil ditemani milo ais dan coklat Cadbury.

     ‘’ kalau kalah along geletek angah.’’ Ibri mengugut qayyum jika kalah.

     ‘’ oke. Kalau along kalah angah pulak geletek along. Haha.’’

     ‘’ UNO GAME!!!’’ ibri sudah melompat-lompat keriangan.

     Ibri segera menggeletek qayyum. Qayyum sudah lari bertempiran. Akhirnya dapat juga digeletek.

     ‘’ along dah lah. Geli lah. Stop..stop. aduh sakit perut aku.’’ Qayyum menekan perutnya.

     ‘’ dah lama aku tak geletek kau. Nak lagi’’ Ibri tersengeh.

     ‘’ TAK NAK!!’’ jeritan qayyum hampir memenuhi ruang villa mereka.

     Datuk majid dan datin sarah hanya tersenyum melihat telatah anak-anaknya yang bagaikan budak kecil baik balqis mahupun kedua anak terunanya. Sama sahaja dari dulu perangai tidak pernah berubah walaupun ada yang sudah berkahwin dan mempunyai anak.

     ‘’ awak pun nak kena geletek juga ke?’’ datuk majid mengacah isterinya.

     ‘’ awak nak kena makan kaki saya.’’ Datin sarah mengugut.


Pada keesokkan paginya, seperti biasa Qayyum akan memeriksa peti surat takut-takut jika ada surat. Tiba-tiba terdapat sepucuk curat mempunyai logo yang tidak pernah ditemuinya dan diatas surat itu tertulis nama Balqis Batrisya Binti Datuk Majid. Qayyum membewa surat itu masuk ke rumah dan memanggil Balqis.

      ‘’ Adik Cik! Ada surat!’’ jerit Qayyum memanggil Balqis.

     ‘’ Abang ngah tak boleh panggil Adik Cik kuat lagi. Sampai jiran sebelah punya belah dengar.’’ Sindir Balqis.

     ‘’ nah, ni ada surat untuk Adik cik. Tak tau lah dari mana. Dari langit agaknya kot. Apa kepelik logo dia Abang ngah tak pernah jumpa pun.’’ Qayyum menyerahkan surat itu kepada Balqis.

     ‘’ Surat apa ni?’’ Tanya Balqis.

     ‘’ manalah Abang ngah tau. Buka lah dulu tengok apa isi dia.’’ Jawab Qayyum.

     ‘’ tapi rasanya logoni macam biasa Nampak. Tapi kat mana eh? ‘’ Tanya Balqis kehairanan.

     Balqis amati logo yang tercetak pada surat itu dan nama yang tertera pada bahagian bawah surat itu. Tulisannya bukna tulisan rumi. Tetapi Balqis seperti biasa Nampak logo itu. Tiba-tiba Balqis menjerit.

     ‘’ Seoul National University!! ‘’ Kata Balqis hamper separuh menjerit.

     ‘’ woi! Tak boleh jerit kuat lagi ke sampai jirang sebelah punya belah boleh dengar ‘’ Qayyum memeulangkan paku buah keras.

     Balqis membuka surat itu dengan menggigil lalu membaca isinya.  Balqis tersenyum lebar sambil menekapkan surat itu di dadanya dan melompat-lompat.

     ‘’ Mama! Ayah! Abang Long! Abang ngah! Tengok la ni apa yang Adik cik dapat.’’ Kata Balqis keriangan.

     ‘’ apa yang bising-bising ni Adik cik. Dari tadi papa dengar kamu bertekak ngan Abang ngah. Dapat apa ni sebenarnya? ‘’ Datuk majid kehairanan.

     Datu majid memakai cermin matanya dan mengambil surat dari tangan Balqis lalu membacanya.

     ‘’ Wah! Adik cik dapat tawaran belajar dekat Korea. Tahniah Adik cik. Tapi Adik cik betul-betul nak pergi ke? Tak sayang ke nak tinggalkan Erry? Ataupun nak ayah kahwinkan kamu dengan Erry sebelum kamu ke sana? Ayah bagi dua pilihan ni. Adik cik pilih mana satu Adik cik nak.’’ Kata Datuk Majid dalam nada Sirius.

     ‘’ ayah ni jangan buat adik cik runsing. Adik cik bagi jawapan besok, boleh ayah?’’

     ‘’ baik ayah beri kamu peluang sampai besok pagi.’’

     ‘’ ala! Besok pagi mana sempat ayah. Adik cik ada kelas. Ayanh je bangun dah pukul 8. Adik cik 7 pagi dah lesap dah. Bila sempatnya nak bagitahu ayah. Ayah ni pun agak-agak lah.’’ Balqis merungut delam nada manja.

     ‘’ dah mulalah tu drama korea dia dengan ayah. Qayyum jom main badminton. Abang long tak minat drama korea ni. ‘’ pelawa Ibri.

     ‘’ pergilah. Pergi main jauh-jauh. Ayah besok masa Adik cik balik dari kelas lah. Boleh kan? Kan? Kan? Boleh lah ‘’ rayu Balqis.

     ‘’ ni kenapa merayu kat ayah macam ayah minta dia kahwin besok pula. Yelah. Yelah besok masa kamu balik dari kuliah bagitahu ayah. Sebab ayah nak uruskan tiket kamu, keperluan kamu.’’

     ‘’ oke ayah.’’

No comments:

Post a Comment