Tuesday, March 12, 2013

Kami Designer BAB 7


Assalamualaikum
Apa khabar adik cik? Ni abang ngah. Lama tak dengar cerita adik cik. Rindu sangat kat adik cik dengan abang long. Dah lama sangat tak tengok muka adik cik. Kenapa abang ngah cari facebook adik cik tak ada? Puas abang ngah cari. Macam manalah adik cik sekarang. Mesti makin lawa kan? Makin comel. Betul tak? Lama abang ngah kat uk ni. Tapi tujuan abang ngah kirim surat ni kat adik cik sebab nak bagi tahu next week abang ngah dah nak balik kl utk selama-lamanya. Abang ngah dah tak akan kembali lagi ke uk. Heish..seronoknya bila dapat balik kl. Nak makan mee rebus puas-puas. Haha..kat uk tak dapat. Boleh lah adik cik masakkan untuk abang ngah.

    Abang ngah dengar cerita. Adik cik masuk IPTS betul ke? Kalau betul bagus lah. Bangga abang ngah dapat adik macam adik cik. That mean cita-cita adik cik nak jadi pereka fesyen professional dengan photographer professional akan tercapai. Tak sabra rasanya nak tengok adik cik buka butik sendiri. Haha..sampai je kl nanti abang ngah nak merayau cari makanan sedap-sedap dengan nak cari teman hidup. Abang ngah rasa dah sampai masanya abang ngah berumah tangga. Adik cik bila pulak? Haha..ntah ada ke tak ada lagi tu orang yang berkenan di hati. Mesti ada kan. Haha.. abang ngah rasa sampai sini je surat abang ngah kali ini. Tolong kirimkan salam rindu abang ngah kat papa, mama, abang long, anak buah comel abang ngah tu aurell dengan naufal, kakak kirana dan yang terakhir sekali kirimkan salam abang ngah kat khalyla tau. Cakap akt dia lama tak dengar dia membebel. Haha..okelah. abang ngah berhenti sampai sini je. Belajar tau rajin-rajin. Bye..=)
Wassalam
                                                                                                              
                                                                                         Dezral qayyum

    Setitis demi setitis air mata balqis mengalir tanpa disedari. Rindu benar dia kepada abangnya yang kedua. Balqis tertawa kecil apabila abangnya menanyakan tentang dirinya sudah berpunya atau pun belum.

    ‘’ ha..khalyla. oh abang ngah rupanya ada hati dengan khalyla. Baru aku tau. Patutlah asyik Tanya pasal khalyla. Dalam surat yang sebelum ni pun dia ada Tanya pasal khalyla. Tapi kenapa dia kata kalau sampai sini dia nak cari teman hidup. Oo..ada udang disebalik batu lah ni. Tak apa khalyla. Aku pakse jugak suruh kau bagi tau aku apa hubungan kau dengan abang aku. Istimewa ke tak? Hehe..don’t shock. Haha..’’ balqis tertawa sendirian.


‘’assalamualaikum. Balqis aku dah balik dah ni.’’ Kedengaran suara khalyla dari luar.

    ‘’ walaikumsalam. Dah balik dah. Baguslah tepat pada masanya. Ada something aku nak cakap dengan kau. Duduk dulu.’’

    ‘’ penting sangat ke?’’ khalyla mengangkat kening.

    ‘’ penting! Melibatkan ketentuan hidup aku.’’ Balqis berkata dengan nada suara siries.

    ‘’ apa dia?’’

    ‘’ eh! Apa hubungan kau dengan abang aku?’’ balqis sudah bercekak pinggang.

    ‘’ abang kau yang mana pulak ni. Abang kau kan dah kahwin.’’

    ‘’ dezral qayyum lah. Tanya lagi. ‘’

    ‘’ ouh. Member je. Tak lebih dari tu. Kenapa?’’ khalyla bertanya.

   ‘’ tak adalah. Aku risau lah. Tadi dia hantar surat kat aku. Ayat dia tu buat aku tak sedap hati lah. Dia kata halalkan makan minum dialah. Maafkan dosa dia lah. Lepas  tu dia cakap untuk maklumat lanjut bertanyalah khalyla. Ni yang aku Tanya kau ni. Aku rasa macam something akan berlaku pada dia lah. Aku risau gila. Khalyla tolong aku.’’ Kata balqis dengan riak wajah risau.

    ‘’ qis sabar oke. Ni semua dugaan. Kalau betul dia nak tinggalkan kita. Kau redha je lah. Aku pun tak boleh buat apa-apa. Semuanya allah yang tentu kan. Tapi kalau dia pergi. Kehilangan dia tu buat aku rasa hilang semua. Eh! Apa aku cakap ni. Oh my god.’’ Khalyla menutup mulut.

    ‘’ haha..bingo. gotcha. Akhirnya terperangkap jugak kau dalam perangkap aku. Hehe..lakonan aku menjadi. Berjaya! Oh kau tak bagi tau aku eh yang kau ada hubungan istimewa dengan abang aku. Patutlah dia asyik Tanya pasal kau je. Hmm..ni aku diberi amanah oleh dezral qayyum suruh kirim salam rindu kat kau. Dia kata dah lama tak dengar kau membebel. Lepas tu dia kata lagi minggu depan dia balik kl untuk selama-lamanya. Wah bersuka ria lah kau dengan dia nanti.’’

    ‘’aku dah lama tau pasal dia nak balik minggu depan. Tapi takut nak bagi tau kau. Dia cakap dengan aku lepas dia balik sini dia nak ajak aku pergi teman dia jalan-jalan KL. Lepas tu dia cakap lagi dia nak meminang aku. Hehe. Malunya aku.’’khalyla menutup muka.

    ‘’ oh macam tu. Bagusnya.’’ Balqis tersenyum lebar.

    ‘’ apa yang bagus?’’

    ‘’ ye lah. Kakak ipar aku member aku sendiri. Hehe. Kena panggil kakak ngah lah macam ni. Haha. ‘’balqis tertawa.

    ‘’ tak payah mengada-ngadalah kau. Tak ada maknanya kau panggil aku kakak ngah.’’

    ‘’ ye lah. Kakak ngah. Qairah dengan safieyra belum balik lagi.’’

    ‘’ tak tau.’’

    ‘’ ala. Kakak ngah marah.’’

    Balqis tertawa kegembiraan lalu memeluk khalyla sekuat-kuatnya kemudian beredar masuk ke dalam biliknya. Disimpannya surat peberian abangnya itu di dalam sebuah kotak yang tersimpan surat-surat dari abang-abangnya dan juga buah hatinya, khaerryll.



Sabar menunggu kepulangan abangnya dari United Kingdom. Balqis duduk di sofa menonton drama bersiri playful kiss. Fikirannya melayang sebentar mengingatkan kembali perjalanan hidupnya semasa di bangku sekolah rendah bersama abangnya.

    ‘’ alaa abang ngah. Bagilah peluang adik cik main basikal tu pulak.’’

    ‘’ nanti la. Abang ngah tengah seronok ni. Adik cik main besok je la.’’

    ‘’ ta na kawan abang ngah.’’ Balqis menangis.

    ‘’ woi. Termenung jauh Nampak.’’ Sergah qairah.

    Balqis yang sedang termenung terkejut apabila disergah oleh qairah. dia hanya tersenyum tidak berkata apa-apa. Fikirannya melayang-layang mengingatkan zaman kanak-kanaknya bersama abang-abangnya. Hatinya tidak sabar menunggu kepulangan abangnya. Abangnya sudah memesan supaya menjemputnya di KLIA pada pukul dua.

    Jam menunjukkan tepat pukul 12.30 tengahari. Balqis merasakan terlalu lama mahu menyampaikan ke pukul dua petang. Tak senang duduk dibuatnya. Rindunya kepada abangnya semakin membuak-buak. Akhirnya dia membuat keputusan untuk bertolak awal ke KLIA. Dia memesan kepada rakan-rakan serumahnya supaya bersiap. Pada pukul satu petang mereka akan pergi menjemput kepulangan abang balqis di KLIA.

    Setelah 15 minit perjalanan. Akhirnya mereka sampai ke destinasi yang hendak dituju iaitu Kuala Lumpur International Airport. Tujuan mereka kesitu adalah untuk menjemput kepulangan abang balqis iaitu Dezral Qayyum dari United Kingdom. Papa dan mama balqis juga turut ke KLIA untuk menyambut kepulangan anak mereka. Tidak ketinggalan juga bang long balqis bersama isteri dan anaknya.

    ‘’ sh! Mana abang ngah ni. Dah pukul 2.15 dah ni tak Nampak-nampak pun batang hidung.’’ Balqis tidak sabar-sabar.
    Sekali sekala balqis mengerling kearah jam tangannya.

    ‘’ aduh letihnya tunggu abang ngah ni sampai.’’ Dezral qayyum berkata de sebelah balqis.

    ‘’ ha! Tu lah pasal.’’ Balqis berkata tanpa menyedari yang abangnya sudah pun  sampai.

    ‘’ dezral anak mama. Ya allah rindunya mama dengan kamu. Ish, handsomenya kamu sekarang. Sihat anak mama. ‘’ datin sarah memeluk anaknya seerat-eratnya.

    ‘’ eh abang ngah. Yiiii…rindunya adik cik kat abang ngah. Nak peluk abang ngah kuat-kuat. Rindu..rindu..rindu..’’ giliran balqis pula memeluk abangnya.

    ‘’ dah..dah..semput abang kamu tu nanti. Dah jum balik umah. Nanti makanan yang mama kamu masak tadi sejuk pulak. Ta sedap nanti. Da la orang jauh ni teringin nak makan mee rebus buatan mama dia.’’ Datuk majid menepuk-nepuk bahu anaknya mesra.

    Mereka semua beredar menuju ke kereta dan pulang kerumah untuk mengadakan majlis doa selamat.

No comments:

Post a Comment