Tuesday, March 12, 2013

Kami Designer BAB 5


ring ding dong..ring ding dong..ring ding ding ding ding ding ding..(shinee-ring ding dong)

    ‘’ hello. Balqis bercakap siapa ni?’’ balqis menjawab telefon

    ‘’ hello assalamualaikum. Ni qis eh! Ni erry la yang cakap’’ kedengaran suara erry di hujung talian.

    ‘’ oh erry. Ada apa call qis ni ‘’

    ‘’ erm..dah pergi repair kereta u? ’’ erry bertanyakan soalan kepada balqis

    ‘’ oh! Dah. Dah lama dah siap. Sejak dari minggu lepas lagi. Sorrylah kalau tak beritahu u yang kereta I dah siap. Busy la buat assignment ‘’ balqis menjawab soalan erry dan meminta maaf kerana lupa mahu memberitahu erry tentang keadaan keretanya bagaikan sudah tahu apa yang mahu ditanya erry.

    ‘’ u ni pandai teka lah. I baru nak tanya kenapa tak bagi tau I yang kereta u dah siap seminggu yang lepas.’’ Erry tertawa kecil.

    ‘’ haha..biasalah balqis gituh.’’ Kini balqis pula tertawa.

    Erry terdiam sebentar dan erry baru menyedari yang balqis mempunyai sikap yang memang disukai erry iaitu seorang yang mudah untuk dibawa bergurau. Makin meluap-luap rasa ingin kenal dengan lebih dekat lagi tentang balqis. Dan cuba mencari apakah makanan dan minuman kegemarannya.

    ‘’ hello..erry are you there?’’ balqis mula menyedari yang erry tidak menjawab pertanyaannya.

    ‘’ ya..ya..i am here..sorry leka tengok tv. Apa tadi balqis cakap. Hehe..tak dengar lah.’’

    ‘’ tak ada. Qis tanya. Erry call qis ni girl tak tau ke?’’ tersekat sekat suara balqis bertanyakan soalan itu.

    ‘’ hey..hey..erry tak ada girl lah.’’ Erry tertawa mendengar soalan balqis.

    ‘’ serious no girl. Tipulah. Boleh percaya ke ni.’’kata balqis agak sedikit terperanjat.

    ‘’ hey..serious la. Buat apa erry nak tipu qis yang cantik ni. 2 years tau erry hidup tanpa girl. But now I can feel it that the girl talk with me now is the perfect girl that I found when my car in an accident with that girl car. The girl that I mean is you balqis.’’ Erry memberi tahu balqis segala-galanya tanpa rasa segan silu yang dia betul-betul sukakan balqis sejak pertemuan pertama mereka.

    ‘’ hey erry did you mean me the perfect girl that you wonder. Huh..come on lah erry I am not the perfect girl ever. I am just a little girl that lost love in my life. Alam percintaan qis musnah apabila pertunangan qis diputuskan tanpa sebab. That you think I am the perfect girl.’’ setitis demi setitis air mata balqis berguguran apabila terkenangkan peristiwa lampau dan lelaki yang pernah membuat hatinya terluka bagai dihiris sembilu yang memedihkan.

    ‘’ balqis I can give you love if you’ll be the part of my life. Believe me qis. When first time saw you I was fall in love with you. After that I can’t stop thinking about you. I must get you before another person take you. I don’t want to lost you anymore. Please balqis. I hope I’ll be your superman. That’s all.’’ Erry berkata dengan penuh harapan.

    ‘’ erry bagi qis masa hingga esok please. Balqis harus fikirkan semua ni dahulu sebelum membuat keputusan.’’ balqis meminta tempoh untuk menerima erry sebagai ‘superman’nya.

    ‘’ baiklah. Tapi fikir lama-lama. Erry tunggu jawapan qis.’’

    ‘’ oke.’’ Balqis tersenyum kecil.

    ‘’ oh ya sebelum erry terlupa. Berapa kos repair kereta balqis boleh erry bayar ganti rugi.’’ Erry bertanyakan soalan yang sepatutnya ditanya sejak awal lagi sebelum melencong ke topik mengharap tadi.

    ‘ oh pasal tu tak banyak pun. RM700 je.’’

    ‘’ aik murahnya. Kalau macam tu besok kita jumpa di petaling street. Pukul satu oke.’’erry mencadangkan tempat untuk temujanjinya dengan balqis.

    ‘’ oke ‘’ balqis bersetuju.

    ‘’ kalau macam tu. Kita stop sampai sini je dulu eh. Erry nak mandi. Oke. Bye. Assalamualaikum.’’ Erry menamatkan perbualannya.

    ‘’ waalaikumussalam.’’ Balqis mematikan talian lalu berbaring di katil sambil memikirkan mahu terima atau tidak pelawaan erry menjadi ‘supermannya’.

    ‘’ esok aku ada temujanji dengan erry. Esok jugak aku kena buat keputusan untuk terima dia ke tak. Dan esok adalah hari pertama aku keluar dengan lelaki setelah sekian lama tidak keluar dengan lelaki.

     Aku nak terima dia ke tak. dia tu perfect, handsome, stylo, smart, berbudi bahasa, baik hati, wow! Everything semuanya ciri-ciri lelaki idaman aku ada pada dia. Tapi aku tak tau dia tu smoking ke tak..drugging ke tak. But tengok pada rupa macam tak. Macam segala-galanya yang ada kat dia tu semuanya positif tak ada pun yang negatif. Tapi dia tu memang kacak laa sekacak orang yang aku minat. LEE GI KWANG!!!!!!!’’ balqis berkata hampir separuh menjerit.

    ‘’ hoi!! Kau dah kenapa? Tiba-tiba lee gi kwang ni. Senyap lah aku nak tidur lah.’’ Qairah yang tiba-tiba sahaja datang entah dari mana terkejut mendengar jeritan balqis lalu memarahi balqis.

    ‘’ hehe..sorry.’’ balqis tersengeh.

    ‘’ tak payah nak buat muka comel lah. Jealous aku.’’ Qairah mengusik rakannya.


Tibalah hari esok yang ditunggu-tunggu khaerryll dengan penuh harapan dan debaran. Apalah yang akan dikatakan balqis kepadanya nanti. Adakah dia akan menerima atau tidak. Khaerryll betul-betul mengharap balqis akan menerima dirinya.

    Sudah sepuluh minit berlalu, akhirnya balqis sampai ke tempat temujanji mereka. Balqis keluar dari kereta dan melihat khaerryll sedang menunggunya. Khaerryll tidak dapat melihat penampilan balqis kerana terlindung dengan keretanya. Balqis berjalan menuju kearah khaerryll. Khaerryll terpaku.

    ‘’ wow. Cantiknya.’’ Bisik hati khaerryll.

    ‘’ hye erry. Why you look at me like that? Something wrong with me?’’ balqis aneh melihat erry memandangnya seperti ada sesuatu yang tak kena.

    ‘’ hye qis. Nope. Nothing wrong with you. Wow. You look so beautiful. Not like a balqis that I saw before.’’ Erry bagaikan dipukau oleh kejelitaan balqis yang cantik bak bidadari dari kayangan.

    ‘’oh! Thanks.’’ Balqis melemparkan senyuman kepada khaerryll.

    Khaerryll menarikkan kerusi yang bertentangan dengannya kerusi untuk balqis duduk. Mereka membincangkan tentang wang ganti rugi. Hubungan mereka agak mesra walaupun baru pertama kali keluar bersama dan baru kenal antara satu sama lain tetapi mereka seperti sudah saling mengenali bertahun lamanya.

    ‘’ oh ya qis. Erry lupa nak tanya qis satu soalan yang belum terjawab lagi.’’ Suara erry agak perlahan.

    ‘’ soalan apa yang belum qis jawab lagi?’’ balqis mengerutkan dahinya.

    ‘’ soalan semalam. Would you be my superwoman?’’ khaerryll mengajukan soalan kepada balqis.

    Balqis terdiam seketika. Lidahnya bagaikan membeku. Tidak tahu mahu katakan apa. Dia melihat wajah jejaka yang bernama khaerryll khalish. Penuh harapan agar gadis yang bernama balqis batrisya menerimanya apa adanya. Jelas terpancar keikhlasan hati khaerryll untuk mengambil balqis sebagai kekasihnya.

    ‘’ wahai khaerryll khalish. I will.’’ Balqis mengatakan dalam nada suara yang sebak kerana inilah kali pertama dia menerima lamaran untuk menjadi kekasih kepada seseorang itu dengan persetujuan sendiri.

    Tidak seperti sebelum ini, semua keputusan mencari dan memiliki kekasih sehingga ke saat pertunangan semua ditentukan oleh datin sarah iaitu ibu kepada balqis. Balqis sangat sedih kerana tidak diberi peluang mencari teman hidupnya mengikut citarasanya sendiri. Tetapi sekarang datin sarah sudah menyerahkan tanggungjawab untuk mencari teman hidup kepada balqis sepenuhnya sejak peristiwa pertunangan balqis diputuskan tanpa sebab. Balqis tersenyum apabila lelaki idaman yang selama ini hanya tertulis dalam diari kini sudah menjadi reliti. Oh! Sungguh bahagia.

    Khaerryll tersenyum gembira apabila balqis menerima lamarannya. Balqis juga merupakan gadis idamannya yang cukup sempurna yang diidam-idamkan selama ini. Khaerryll berjanji kepada dirinya sendiri dan kepada balqis akan menjaga balqis ibarat menjaga isteri yang sedang mengandung. Keselamatan balqis akan dijaga dengan sebaik mungkin. Jika balqis dalam kesusahan dia sanggup menggadaikan nyawanya sendiri demi orang yang disayangi. Jika hubungan dia dan balqis terputus buat selama-lamanya dia tak akan mencari pengganti kerana balqis adalah perempuan yang cukup sempurna baginya dan tiada pengganti.



No comments:

Post a Comment