Tuesday, March 12, 2013

Kami Designer BAB 1


Balqis menguap setelah bangun dari mimpi.

    ''eh! aku mimpi apa tadi eh?'' . itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut balqis pada pagi itu.

    dia cuba mengimbas kembali mimpi yang telah dilalui malam tadi sambil mengeliat tetapi gagal mengingatinya.akhirnya dia bingkas bangun dan melompat dari katil kemudian dengan langkah malas dia mencapai tuala lalu melangkah masuk ke dalam syurga menyegarkan diri iaitu bilik mandi.

    setelah selesai mandi.

    ''Balqis Batrisya!!'' . kedengaran suara khalyla yang memecah keheningan pagi dan membingitkan itu.

    ''apalah khalyla oi ! pagi-pagi lagi dah terpekik-pekik.'' balas balqis dari tingkat atas.

    ''matahari dah tegak dah kat atas kepala tu.dah bangun belum.meh lah sini sarapan.kitaorang semua tengah tuggu kau ni.'' jerit khalyla dari dapur.

    balqis mengeluh.itulah perangai intan yang suka membebel seperti burung pipit bercicip.balqis sedar dia tidur lewat malam tadi kerana sibuk menyiapkan kerja kuliahnya yang tergendala semalam akibat dek tiada bekalan elektrik dan komputer tidak boleh digunakan.

    balqis turun ke dapur dan melihat rakan-rakannya sedang menunggu di meja makan.balqis mendekati mereka yang sedang leka bermain handphone.

    ''hey member.good morning!'' balqis berkata hampir separuh menjerit.balqis melambaikan tangannya dengan senyuman ceria pagi.dia menarik kerusi di sebelah khalyla lalu duduk.

    semua diam membisu melihat tingkah laku balqis yang ceria.balqis merasa keanehannya.

    ''what's wrong guy?'' balqis bertanya dengan rasa pelik.

    ''nothing'' qairah menjawab spontan.

    ''dah lah jom sarapan.aku dah lapar ni.'' khalyla menceriakan suasana yang suram sebentar tadi.

    '' oi Qis ! kenapa pagi ni tak pernah-pernah pun kau bangun lambat. apa kes ni ? '' Balqis yang lebih mesra dipanggil Qis tersengeh mendengar soalan safieyrah.

    dia mendiamkan diri dan tidak menjawab soalan safieyrah.safieyrah sudah tidak dapat menahan geramnya.

    '' oi Qis aku cakap dengan kau ni bukan dengan tiang '' safieyrah hampir separuh menjerit.

    '' hehe..jangan marah fieyrah. aku siapkan assignment semalam. dah lah kena hantar esok. pula tu tak ada elektrik malam semalam. dah aku kena menunggu tiga jam .'' balqis memberi jawapan yang ditunggu-tunggu safieyrah sehingga safieyrah berasa geram.

    '' oh ! buat assignment. bukan ke kau bergayut dengan jantan ke? '' safieyrah sengaja mahu mengusik balqis.

    '' amboi ! kau ni cakap sesedap mulut kau je .aku cili juga nanti kang. yang bergayut tu kau bukan aku '' balqis memulangkan paku buah keras kepada safieyrah.

     ‘’amboi sesuka hati kau je nak cili mulut orang. Habis tu mulut kau tu sama je’’safieyrah menjeling.

    semua ketawa terbahak-bahak apabila melihat muka safiieyrah yang sudah kemerah-merahan menahan bengang.mereka semua menghabiskan sarapan lalu melakukan kerja masing-masing.

    balqis menuntut di sebuah kolej dan mengambil jurusan seni reka fesyen. sejak kecil lagi balqis mempunyai bakat seni melukis.selain melukis, balqis juga mempunyai bakat menari, menyanyi, photography, dan bermain muzik. jika ada masa senggang balqis akan belajar bermain gitar bersama abangnya. jika abangnya sibuk dengan kerja dia akan keluar bersiar-siar sambil mengambil gambar mengunakan kamera nikon pemberian hadiah hari lahirnya yang ke-20 daripada abangnya.balqis masih lagi berstatus single. bukannya tak ada yang mahu kan balqis dia seorang yang cantik, bergaya, cerdik, rajin, dan juga kreatif. cuma tiada yang berkenan di hatinya. tiada yang memenuhi ciri-ciri lelaki idamannya. balqis agak cerewet memilih teman hidup. tetapi itu untuk kebaikan dirinya sendiri. biarlah orang mahu kata balqis jual mahal asalkan apa keputusan yang dibuat balqis adalah untuk kebaikan dirinya sendiri dan juga keluarganya.


sedar tak sedar sudah empat jam balqis berada dihadapan komputer menyiapkan kerjanya. dia mengeliat kepenatan. mahu saja dia melelapkan mata untuk seminit dua tetapi dia membatalkan hasratnya itu kerana dia perlu menyiapkan kerjanya hari itu juga. dia tidak mahu menyiapkannya pada waktu malam kerana dia sudah berjanji dengan rakan-rakannya untuk keluar shopping bersama. sudah lama tidak berjalan-jalan dengan rakan-rakannya. almaklumlah terlalu sibuk dengan kerja kuliah.lagipun hanya balqis seorang sahaja yang masih belajar. rakan-rakan yang tinggal bersamanya semua sudah bekerja di butik masing-masing. jika diikutkan, balqis sudahpun membuka butik sendiri tetapi kemahirannya masih belum kukuh sebab itulah dia menyambung pelajarannya sehingga dia yakin dan boleh membuka butik sendiri. keluarganya berada di Johor Bahru. dia tinggal di Kuala Lumpur bersama rakannya di sebuah villa dua tingkat di Shah Alam milik keluarganya. kehidupannya sangat sederhana walaupun tinggal di villa.

    balqis tinggal bersama rakan-rakannya iaitu Safieyrah, Qairah dan Khalyla.adyla seorang yang baik hati. dia selalu membantu balqis melakukan kerja kuliahnya. diantara rakan-rakannya yang lain. Safieyrah lah yang paling tua daripada mereka iaitu 25 tahun Khalyla dan Qairah 24 tahun balqis yang paling muda di dalam villa itu iaitu umurnya 22 tahun. adyla dahulu menuntut di Universiti Malaya dan mengambil jurusan art & design. sekarang dia sudah menjadi pereka fesyen untuk busana pengantin. dia memiliki sebuah butik yang diberi nama Fieyrah's Las Vegas Boutique. butiknya terletak berhampiran dengan Ampang Point.

    selain Safieyrah yang memiliki butik sendiri, Khalyla dan Qairah juga membuka butik sendiri dan mereka bekerja di bawah satu bumbung. butik mereka diberi nama Teen Stylish Boutique. mereka bersama-sama berusaha memajukan butik mereka. sudah dua tahun mereka mengusahakan butik mereka akhirnya pada suatu hari kru Safiyya datang mengadakan sesi pengambaran di butik mereka. mereka berasa gembira sekali apabila ditemuramah untuk menceritakan asal usul butik mereka dan apa yang dijual mereka. selepas itu, butik mereka menjadi terkenal di seluruh Malaysia. sejak dari hari itu mereka menjadi terlalu sibuk. biasalah itulah hidup seorang usahawan. ada masanya sibuk ada masanya tidak.

     ‘’apalah nasib aku ni. Tak reti-reti lagi dalam bab reka fesyen. Impian nak buka butik dah ada. Tapi balum ada kemahiran yang cukup la. Tu lah degil sangat aku ni. Dulu abang long suruh masuk sekolah teknik vokasional tak nak, sombong sekolah tu tak bagus lah..jauh lah..susah nak skor lah..macam-macam. Sebuk nak masuk juga sekolah seni johor bahru. Sekarang ni lah padahnya. Amek kau ‘’ balqis membebel seorang diri marahkan dirinya yang degil tak mahu dengar kata-kata abangnya.

No comments:

Post a Comment