Tuesday, March 12, 2013

Kami Designer BAB 6


‘’ hey tina. Eh! Ada cerita panas. Kau kenal tak balqis batrisya ‘’ alieya tercungap-cungap mengatakan carita yang mahu diceritakan.

    ‘’ kau ni kan kalau ye pun duduk lah dulu. Balqis batrisya mana ni?’’ qistina tiba-tiba berasa kurang sedap hati apabila mendengar nama itu.

    ‘’ alah kau ni tak kan tak kenal kot! Minah yang suka pakai selendang tu. Yang comel-comel tu. Comel ke. Wekk!! ‘’ alieya menjelirkan lidah apabila mengatakan balqis batrisya comel.

    ‘’ oh! Yang budget hot tu. Kenapa dengan dia? ‘’ qistina mengerutkan dahi.

    ‘’ kau tau tak. Tadi aku pergi lah petaling street saja je jalan-jalan kat situ sekejap. Lepas tu oh my god aku Nampak minah tu dengan seorang mamat ni wah! Handsome lah jugak. Diaorang dating kau tau tak. Tak sangka pulak aku yang si balqis tu dapat balak macam tu punya handsome. Jealous aku.’’ Alieya menceritakan cerita yang tak sabar-sabar hendak diceritakan tadi dengan penuh ghairah.

    ‘’ eh! Kau biar betul. Cepat jugak dia tu dapat boy baru. Padahal baru je dua bulan lepas aku rosakkan hubungan dia dengan tunang dia si naziem tu. Ish! tak boleh jadi ni. Wei! Handsome sangat ke mamat tu? ‘’

    ‘’ handsome gila aku cakap dengan kau. Muka dia macam..macam..macam..alah! siapa ni. Penyanyi korea tu kumpulan beast. Siapa ni? Aduh! Lupa pulak.’’ Alieya menggaru-garu kepalanya yang tak gatal cuba untuk mengingati.

    ‘’ lee gi kwang.’’ Qistina membalas dengan mata terbeliak.

    ‘’ ha! Betul la tu. Betul la. Boleh pulak lupa.’’

    ‘’ eh! Tu kan khaerryll khalish. Ex-boyfriend aku tu.’’ Air muka qistina sudah berubah.

    ‘’ huh! Patutlah macam kenal je. Bekas kau rupanya.’’

    ‘’ mana boleh jadi macam ni. Tak puas hati. Macam mana mamat tu boleh pulak sangkut kat si balqis tu. Apa aku nak buat ni. Lieya tolong aku.’’ Riak muka qistina jelas menunjukkan kerisauan yang teramat sangat. Tak senang duduk dibuatnya.

    ‘’ hello..hello..that’s your ex okey.ex..ex..when ex that’s mean kau dah tak ada apa-apa hubungan pun dengan dia. Faham. Buat apa kau nak risau. Kau dah ada syadhamier buat apa kau nak menaruh harapan kat khaerryll lagi. Membazir kau tau tak.’’ Alieya menggelengkan kepalanya apabila melihat rakannya itu tamak akan lelaki.

    ‘’ aku sayangkan dia lagi lieya. Aku break dengan dia pun bukan kehendak aku. Dia yang putuskan aku. Kalau ikutkan aku tak nak. Dia dah paksa aku nak buat macam mana. Terima je lah. Aku couple dengan syad pun sebab aku nak jealouskan khaerryll. Aku nak dia kembali kat aku aku balik. Tak tau pulak dye yang jealouskan aku. Aku mesti cari cara macam mana nak buatkan hubungan diorang tu tak kekal.’’ Qistina tersenyum sinis.

    ‘’ hmm..apa-apa aje lah tina. I’am just follow your plan. Kalau kau nak hapuskan terus si balqis tu. Aku tak kisah. Lagi bagus kalau dia terhapus. Aman dunia. Kalau ada dia rasa macam semak je. Bila dia tak ada nanti bolah lah aku tolong gantikan tempat dia. Aku ni pun tak kurang glam jugak. Cuma tu dulu. Bila dia masuk je kolej kita dia pegang tempat aku. Benci.’’ Alieya menongkat dagu sambil mengeluh.

    ‘’ tau tak pe. Rasa macam panas je bila dia tu ada. Nanti aku perah otak pikirkan cara macam mana nak buatkan hubungan dia tu dengan khaerryll tak kekal and macam mana nak hapuskan dia dari sini.’’ Qistina mengangkat kening sambil tersenyum begitu juga alieya.


Love me love me
Say that you love me
Kiss me kiss me
Say that you miss me

    ‘’ amboi happy semacam je kau. Dah kenapa. Kau sihat tak?’’ haiedhar pelik dengan perangai rakannya itu hari ini gembira semacam seperti ada sesuatu yang tak kena.

    ‘’ aku happy pun salah.’’

    ‘’ tak..tak salah. Tapi macam lain macam je happy kau ni. Baru dapat handphone baru eh!. Oh! Kau beli handphone baru tak cakap dengan aku.sedih seh macam ni. Tak apa kau. Nanti kau dapat balasannya. Nangis la macam ni.’’ Haiedhar buat-buat muka menangis.

    ‘’ apa kau merepek. Bila masa aku pergi beli handphone baru. aku pergi petik bunga baru kat petaling street.’’ Kata khaerryll selamba.

    ‘’ ha! Petik bunga. Buat apa? Sengal eh kau ni. Tak de keje lain ke pergi petik bunga kat petaling street. Yang dekat-dekat ada. Pergi jauh-jauh. Tu kat taman kat bawah tu je banyak bunga. Kau nak bunga apa. Ada bunga raya, bunga ros, morning glory, bunga matahari bunga apa lagi. Banyak lah. Kau petik lah banyak mana kau nak petik. Aduh pening aku dengan kawan aku yang sorang ni.’’ Haiedhar mengeluh.

    ‘’ ya allah ya tuhanku. Kau ampunkanlah dosa-dosa aku. Apa kena dengan kawan aku seorang ni. Sembuhkanlah penyakit yang menyelubungi dirinya. Amin.’’ Khaerryll menadah tangan berdoa meminta supaya menyembuhkan penyakit yang melanda haiedhar.

    ‘’ amin.’’ Haiedhar turut mengaminkan doa khaerryll.

    Khaerryll memandang haiedhar yang tersengeh.

    ‘’ erry kau baca doa untuk siapa? ‘’ haiedhar bertanya dengan wajah pelik.

    ‘’ untuk kau!!..petik bunga yang aku maksudkan tu bukannya aku pergi petik bunga yang warna-warni berbagai-bagai tu. Balqis..balqis..kau kenal balqis. Awek yang aku terlanggar kereta dia hari tu. Dia dah jadi aku punya. Kau faham tak aku punya. Maknanya dah jadi awek aku. Kau faham kan.’’ Khaerryll menerangkan apa yang sebenarnya kepada haiedhar.

    ‘’ aku faham lah. Macam aku ni budak kecik je. Aku bukannya sengal macam kau.’’ Haiedhar menjeling.

    ‘’ huh! Apa-apa aje lah adhar. Layan je lah kau tu.’’ Khaerryll mengeluh.

   ‘’ dah lah aku nak tidur sekejap. Penat tau tak layan kau ni. Tak faham-faham.’’ Haiedhar beredar masuk ke biliknya meninggalkan khaerryll di sofa.

    ‘’ yang tak faham-faham tu kau.’’

    ‘’apa kau cakap? ‘’ haiedhar terkejut.

    ‘’ tak ada apa-apa. Ye lah aku memang tak faham. Aku sedar.’’ Khaerryll akhirnya terpaksa mengalah.

    ‘’ sedar tak apa.’’

    Khaerryll menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Dia sudah terbiasa dengan pernagai haiedhar yang kadang kala boleh dilayan dan ada masanya tak boleh dilayan langsung. Kalau dilayan sangat melarat jadinya. Huru-hara dunia. Khaerryll yang sudah kepenatan akhirnya tertidur di sofa sehingga menjelang maghrib.

No comments:

Post a Comment