Tuesday, March 12, 2013

Kami Designer BAB 4


'' krrrriiiinnngggg '' jam loceng bilik khaerryll berdering dengan galaknya minta dimatikan. khaerryll yang masih lagi tidur meraba-raba meja yang berdekatan dengan katilnya dan mematikan jam loceng yang berdering sejak dari tadi. setelah mematikan jam locengnya dia menyambung kembali tidur yang terganggu akibat dek jam loceng. tiba-tiba haiedhar masuk ke dalam bilik khaerryll.

    '' erry oh khaerryll ! bangun jom pergi gym. aku dah lama tak pergi gym ni.'' haiedhar menggoyangkan badan khaerryll.

    '' kau pergi lah sendiri aku nak tidur lah. penat smalam buat kerja '' khaerryll berkata malas.

    '' alah kau ni. tak seronok lah kalau pergi gym tak ada kau. khaerryll please lah please! '' haiedhar merayu kepada khaerryll supaya menemaninya pergi gym.

    '' ye lah. ye lah. tepi sikit aku nak turun nak pergi mandi '' khaerryll turun dari katil. dengan langkah malas dia mencapai tuala lalu masuk ke dalam bilik air.

    '' terima kasih erry. aku tunggu kau kt depan. '' haiedhar tersenyum gembira apabila khaerryll menerima pelawaannya.

    setelah setengah jam menunggu akhirnya khaerryll keluar dengan memakai tracksuit hitam dan t-shirt hitam lambang superman. haiedhar tersenyum apabila melihat khaerryll memakai baju sama dengannya. dia menunjukkan ibu jarinya tanda bagus. khaerryll tersenyum dia sengaja memakai t-shirt sama dengan haiedhar tanda mereka adalah kawan rapat dan sangat akrab.

    mereka pun keluar dari apartment mereka dan menuju ke lif. apabila pintu lif sudah terbuka mereka masuk dan terus menuju ke tingkat bawah dimana kereta khaerryll diparkirkan. apabila sudah sampai mereka terus menaiki kereta dan menuju ke tempat gym yang mereka selalu pergi sebelum ini. apabila sampai khaerryll memakirkan keretanya berhampiran dengan sebuah restoran. mereka berdua masuk ke dalam tempat gym itu. hari ini tidak ramai yang datang. rupa-rupanya haiedhar sudah telupa hari ini adalah hari isnin semua orang bekerja.


'' balqis cepatlah kata nak ikut sekali pergi joging.'' terdengar suara khalyla dari dapur.

'' ye..ye..aku dah siap dah ni. kejap lah '' balqis menjawab dari biliknya.

    pagi yang indah itu intan mengajak balqis pergi joging bersama. pada mulanya dia ingin mengajak safierah dan qairah sekali tetapi mereka sibuk di butik. jadi, hanya balqis seorang sahaja yang menemaninya hari ini.

    mereka kebiasaannya akan pergi berjoging di taman rekreasi yang berhampiran. sejak kebelakangan ini mereka jarang sekali pergi berjoging, almaklumlah busy dengan pelajaran dan kerja masing-masing. setelah 1 jam mereka berada di taman tersebut mereka pun pulang.

    sewaktu di trafik light masuk ke kawasan villa yang mereka diami tiba-tiba, ada sebuah kereta myvi terlanggar belakang keretanya. balqis mematikan enjin keretanya dan dengan sabar dia keluar dari perut kereta lalu melihat kerosakan pada keretanya. khaerryll pun turut keluar dari kereta.

    '' saya minta maaf cik. tadi saya nak tekan pedal brek tak sangka pula tertekan pedal minyak. saya betul-betul minta maaf. saya tak sengaja.'' khaerryll meminta maaf kepada balqis atas kecuaiannya tertekan pedal minyak sehingga melanggar kereta volkswagen beetle kepunyaan balqis.

    balqis mendongak memandang khaerryll yang turut melihat keretanya yang sedikit calar dibahagian depan. apabila khaerryll kembali semula kepandangan yang tadinya dia melihat balqis tiba-tiba terjadinya peristiwa mata bertentangan mata.

    '' alamak! cantiknya dia ni. putih..gebu..aduh cair aku. siapalah milik dia ni.cantik sekali. tak pernah aku jumpa gadis yang cantik macam ni. untung siapa dapat memiliki dia.'' desis hati khaerryll.

    agak lama mereka bertentangan mata tetapi dapat dihentikan apabila telefon bimbit kepunyaan balqis berdering. setelah balqis selesai menjawab dia kembali ketempat dimana kerosakan keretanya. balqis tidak tahu mahu memulakan macam mana. hendak marah tidak sopan pula..jika ditinggalkan begitu sahaja agak kurang ajar..macam mana balqis mahu memulakannya pun tidak tahu. khaerryll dapat menangkap apa yang sedang mengganggu fikiran balqis. akhirnya dia menghulurkan tangan sebagai tanda memulakan bicara.

    '' saya khaieeryll khalish. boleh panggil saya erry sahaja.'' kherryll memberikan satu senyuman yang manis sekali.

    '' saya balqis batrisya. boleh panggil saya qis.'' tangan yang dihulur khaerryll disambut mesra dan juga senyuman khaerryll dibalas dengan senyuman yang manis juga. jelas kelihatan lesung pipitnya dipipi kanan.

    wajah balqis sudah kemerah-merahan menahan kepanasan terik matahari. sekali-sekala dia memandang kearah langit yang semakin cerah dan kepanasan yang semakin membahang. Begitu juga khaerryll.

    '' qis, saya minta maaf atas kesalahan saya langgar kereta awak. bukannya saya sengaja nak langgar tetapi saya cuai. saya boleh bayar ganti rugi tetapi tidak boleh sekarang sebab duit saya tidak mencukupi dan kelihatannya kereta awak lagi teruk dari kereta saya.'' khaerryll sekali lagi meminta maaf.

    '' hmm..nak buat macam mana eh! saya tak nak susahkan erry. lagipun tak teruk sangat ni. tak apa lah . tapi kalau awak tetap nak bayar ganti rugi juga saya tak bolah buat apa. saya terpaksa terima.'' balqis membalas dengan nada suara yang lembut sekali.

    '' oke. jadi kalau macam tu. awak baiki dahulu guna duit awak. bila sudah siap nanti i will call you and tell me how much that i have to pay. hmm..can i have your number phone please '' erry sekali lagi memberi senyuman.

    '' oh..u take this card. that have my number phone, my e-mail and my adrress. anytime you can call me.'' balqis menghulurkan sekeping namecardnya kepada erry.

    '' thank you balqis. hmm..hari pun dah panas kalau macam tu saya balik dulu. oh ya..sebelum terlupa saya ingin memberikan namecard saya kepada awak. saya jalan dulu. jumpa lagi. assalamualaikum '' khaerryll memberi salam sebelum masuk ke dalam perut kereta.

    '' walaikumsalam..'' balqis menjawab salam balqis dan tersenyum sendiri apabila melihat wajah khaerryll yang kacak sekacak penyanyi korea yang diminatinya iaitu lee gi kwang.

    '' hmm..khaierryll khalish. good name.'' balqis tertawa kecil sambil menyandarkan badannya pada kereta.
    bagaikan hilang segala kepanasan yang dialaminya apabila melihat senyuman khaerryll yang telah mencairkan hatinya. balqis kembali semula ke dalam kereta dan menceritakan segalanya kepada intan yang sudah lama menunggu didalam kereta.

    begitu juga khaerryll, apabila tiba di apartmentnya. masuk sahaja ke dalam apartment dia terus masuk ke dalam biliknya. dia tersenyum sendiri apabila teringatkan balqis yang baru sahaja ditemuinya tadi yang telah mencairkan hatinya apabila dia melemparkan senyuman yang menampakkan lesung pipitnya. itulah gadis yang telah berjaya membuka kembali pintu hatinya yang selama ini tertutup akibat perempuan yang hanya manis dimulut tetapi hatinya kepada lelaki lain. sekarang gadis yang bernama balqis batrisya datang mengubati luka yang parah ini.

    ‘’oh bahagianya’’ khaerryll berkata seorang diri.

No comments:

Post a Comment