Tuesday, March 12, 2013

Kami Designer. BAB 2


Khaerryll tergesa-gesa keluar dari apartmentnya kerana dia sudah lewat untuk pergi kuliah. sambil memakai kasut Khaerryll menyumpah-nyumpah Haidhar didalam hatinya kerana tidak mengejutkannya pagi tadi. menyumpah, menyumpah juga haiedhar itu tetap sahabatnya. semalaman dia berjaga kerana menonton perlawanan bola sepak antara Manchester United menentang Liverpool. pagi ini suaranya agak serak kerana menjerit keriangan apabila pasukan yang disokongnya menjaringkan gol. nasib baik lah apartment yang didudukinya baru dibina dan masih lagi tiada jiran hanya beberapa sahaja itupun rumahnya berjauhan kalau tidak sudah tentu jirannya menyerang Khaerryll dan Haiedhar. Khaerryll tinggal bersama rakannya Haiedhar. mereka ialah sahabat yang sudah berkawan sejak dibangku sekolah tadika lagi dan persahabatan mereka itu kekal sehingga mereka melanjutkan pelajaran ke sebuah kolej.

    Khaerryll mencapai kunci kereta di belakang pintu dan terus menuju ke lif. dia menunggu hingga pintu lif terbuka.

    '' aduh ! cepatlah aku dah lambat ni ! Haiedhar ni pun satu bukannya nak kejutkan aku. selamba je pergi! ''.pintu lif terbuka luas Khaerryll tanpa membuang masa terus masuk ke dalam perut lif dan menekan punat butang menuju ke tingkat bawah dimana keretanya diparkirkan.

    setelah pintu lif terbuka dia terus keluar menuju ke tempat dia meletakkan keretanya. sesampai di keretanya dia menghidupkan enjin kereta lalu pergi ke kolejnya. dia memandu agak laju pagi itu . nasiblah tiada polis yang mengadakan roadblock jika tidak pasti Kkaerryll akan lagi lambat ke kolej dan pasti akan dimarahi.

    sesampai Khaerryll di kolejnya, dia memakir keretanya lalu berjalan ke dewan kuliah dangan tergesa-gesa. setelah masuk ke dewan kuliah semua mata tertumpu kearah Khaerryll. dia merasa bengang. pensyarah yang sedang mengajar hanya tersenyum. nasibnya kali ini agak baik. dengan selamba dia menuju ke tempat duduknya iaitu bersebelahan dengan Haiedhar. Haiedhar memandangnya sambil tersengeh.

    '' kenapa kau sengeh-sengeh? aku terajang juga kau ni. kenapa kau tak kejutkan aku pagi tadi. eh aku lesing jugak kang mamat ni.'' Khaerryll memarahi Haidhar sebaik sahaja dia duduk.

    '' sorry lah. aku pun ingat aku lambat tadi sampai tak sempat nak kejutkan kau. last-last aku sampai je ada lah dua tiga orang je kat dalam dewan.so, aku pun rasa nasib baik lah. tapi aku minta maaf banyak-banyak oke '' Haiedhar meminta maaf.

    '' okey! aku maafkan kau tapi kau kena belanja aku makan tengahari ni. ini sebagai denda untuk kau sebab tak kejutkan aku sampai aku lewat setengah jam ''.Khaerryll berkata sedemikian sambil mengangkat kening beberapa kali.

    Haiedhar memikirkan denda yang diberikan Khaerryll. tidak lama kemudian dia tersenyum.

    ''okey! aku setuju. '' Khaerryll tersenyum lalu menunjukkan ibu jarinya tanda bagus. Haiedhar juga tersenyum lalu mencalit ibu jarinya dengan ibu jari Khaerryll. mereka memang rapat seperti isi dengan kuku langsung tidak boleh dipisahkan walau apa jua keadaan.


setelah selesai kuliah Khaerryll dan Haiedhar pulang bersama tetapi mereka pulang dengan kenderaan masing-masing. Khaerryll dengan myvi putihnya. Hiedhar pula dengan motor yamaha 125z yang dihadiahkan oleh bapanya. selalunya mereka akan pergi dengan satu kenderaan sahaja tetapi kali ini mereka pergi dengan kenderaan masing-masing. mereka tidak terus pulang kerumah sebab Haiedhar mengotakan janjinya untuk belanja Khaerryll makan tengahari. mereka ke marrybrown iaitu restoran makanan segera kegemaran Khaerryll. seperti biasa erry akan memesan nasi ayam marrybrown manakala Haiedhar pula memesan bubur ayam marrybrown. mereka makan dengan penuh selera maklumlah tidak sempat bersarapan pagi tadi.

    setelah selesai makan mereka berdua pulang kerumah dan menjalankan aktiviti masing-masing.


''erry! oh! erry! '' Haiedhar memanggil Khaerryll.

   Khaerryll yang sedang melayan lagu di i phonenya dengan headphone yang baru dibelinya terkejut apabila melihat Haiedhar sudah tercegat didepannya.

    ''apahal dengan kau ni masuk bilik aku bukannya reti nak bagi salam! '' Khaerryll memarahi Haiedhar sambil menanggalkan headphonenya.

    ''oi aku dah bagi salam tiga kali dah! aku ingat kau dah arwah dah. baru je aku nak panggil pak imam masjid tadi.eh! hidup lagi rupanya. alhamdulillah.'' Haiedhar mengusik rakannya itu sambil ketawa terbahak-bahak.

    ''ye lah. ye lah. kau nak apa? '' tanya Khaerryll


    '' tak adalah. aku cuma nak pinjam kau punya ka..ka..ka...''
    '' ka apa? '' Khaerryll menyergah

    '' kasut ! '' Haiedhar menjawab spontan. terkejut beruk Haiedhar. setelah itu mengusap-usap dadanya.

    '' ha ! kasut ! nak buat apa pinjam kasut aku. saiz kau dengan saiz aku kan lain ''

    '' bukan..bukan kasut ''

    '' habis tu apa? '' Khaerryll mengerutkan dahinya.

    '' kamera kau. boleh tak? '' Haiedhar tersengeh sambil menadah tangan seperti orang sedang meminta.

    ''nak buat apa dengan kamera aku tu? '' Khaerryll bertanya dengan wajah pelik.

    ''alah. nak ambil gambar lah apa lagi! takkan aku nak jual pula '' Haiedhar sekali lagi tersengeh.

   Khaerryll menggelengkan kepalanya melihat tingkah laku rakannya yang seperti kanak-kanak riang itu. Khaerryll bangun dari katil dan menuju ke sebuah rak kaca yang terletak di dalam biliknya lalu mengeluarkan sebuah kamera canon dan berikannya kepada Haiedhar.

    ''canon! nak nikon . bru laa nampak glamor''

    ''eh! kira dah cukup baik aku nak bagi kau pinjam. kalau tak, tak ada maknanya aku nak bagi kau pinjam. kau pakai yang ni je. nikon tu mahal nanti tak pasal-pasal pula rosak. tangan kau tu pengang apa pun rosak.'' kata Khaerryll selamba.

    '' tak apalah. canon pun canon lah. terima kasih erry. kau lah kawan aku yang paling baik dari dunia sampai akhirat.'' Haiedhar tersenyum lalu keluar dari bilik khaerryll dengan membawa kamera canon yang dipinjam dari khaerryll.

    ''eleh! dah dapat baru nak cakap aku ni kawan kau dunia akhirat. sebelum ni bila tak dapat kamera tu. mulalah cakap aku ni kedekut lah. bukan kawan kau lah. '' khaerryll mencebik. dia sudah masak dengan perangai eddy. dia menyambung semula mendengar lagu.


Haiedhar dengan megahnya mengambil gambar di sebuah taman yang berdekatan. tujuannya meminjam kamera khaerryll adalah untuk melepaskan gian terhadap kamera yang diidam-idamkan selama ini tetapi masih belum dapat memilikinya. kadang-kala dia rasa cemburu melihat khaerryll berjalan di shopping komplek dengan kamera nikon sambil mengambil beberapa gambar. apabila diminta untuk meminjam macam-macam alasan diberikan. ada kerja lah..rosaklah..bila kali ini sudah dapat memegang dan mengambil gambar dengan sendiri dia merasa puas tetapi lagi puas kalau dapat memilikinya. tetapi dia pelik. apa angin kawannya hari ini tetiba sahaja memberi pinjam kameranya. satu persoalan yang menganggu fikirannya.

    setelah berada lama ditaman melepaskan gian dan tension dia pulang ke apartmentnya semula. sebelum itu dia singgah di sebuah restoran mamak untuk membeli mee gorang mamak buat makan malamnya bersama khaerryll. dia juga membeli beberapa ketul ayam goreng.

    '' i'am back. erry where are you? ''Haeidhar memanggil sebaik sahaja masuk ke dalam apartmentnya.

    '' aku ada kat dapur ni. kau pergi mana ha ?. keluar tak bagi tau aku pun. main tinggal je. '' marah khaerryll.

    '' aku pergi tenangkan fikiran sambil ambil gambar pakai kamera kau ni ha!. nah! aku belikan mee goreng mamak dengan ayam goreng buat makan malam.'' Haiedhar menghulurkan dua bungkus mee goreng mamak yang dibelinya tadi.

    '' aik! tak pernah..pernah kau beli makan untuk aku sekali. selalunya kan kau beli untuk kau sendiri. aku ni mana kau ingat.'' sindir khaerryll.

    ''alah! sekali sekala. ni pun sebab kau dah bagi aku pinjam kamera kau. ni lah ganjarannya.'' kata Haiedhar sambil tersengeh macam kerang busuk.

    '' ye lah tu adhar. apa-apa pun terima kasih banyak-banyak.'' khaerryll mengucapkan teima kasih kepada Haiedhar yang biasa dipanggil adhar kerana membelikannya makan malam.

    pada malam itu mereka makan malam bersama sambil menonton drama korea iaitu playful kiss yang disiarkan di astro.


Suatu petang khaerryll dan haiedhar bersiar-siar di taman berhampiran menikmati permandangan petang yang mengasyikkan.

     ‘’ erry kau tak pernah ke terfikir nak cari gf yang terkini. Tak bosan ke hidup tanpa teman wanita. Ish kalau aku bosan tau tak.’’ haiedhar bertanyakan soalan yang tak patut ditanya kepada khaerryll.

     ‘’ buat apa ada gf tapi selalu menyakitkan hati. Depan kita dia kata dia sayang kita..tak nak cium-cium lah..peluk-peluk lah.. tapi bila belakang kita ada jantan lain siap berpeluk-peluk bercium-cium segala. siapa yang tak panas dapat gf yang macam tu’’ erry menceritakan kehidupannya bersama teman wanitanya dulu secara ringkas

    ''kau tau tak gf tu ap. meh sini aku terangkan. gf tu girlfriend dalam bahasa melayu teman wanita'' kata haiedhar selamba tanpa rasa bersalah yang dia itu menerangkan sesuatu maksud yang sudah diketahui khaerryll.

    '' eh bengap. aku tau lah. tak payah susah payah nak terangkan. membazir air liur kau je. kau dengar tak apa yang aku cakapkan tadi.''

     ‘’dengarlah. macam lah aku ni pekak lah sangat. ish..sampai macam tu sekali kau kena kan. Kesian kau. So, sekarang ni belum ada yang berkenan di hati lagi lah ni.’’ haiedhar mengangkat kening beebrapa kali.

     ‘’ well, nak buat macam mana dah nasib aku. Kalau ada perempuan yang boleh buka balik pintu cinta aku ni aku akan terima perempuan tu dan aku akan setia dengan dia sampai aku ngan dia bersatu. Aku dah serik dipermainkan perempuan. Aku tak nak terkena lagi. Lepas ni aku akan lebih berhati-hati memilih perempuan untuk dijadikan teman wanita dan sekali gus teman hidup aku dimasa hadapan. ‘’ khaerryll tersenyum sebaik sahaja habis bicara.

     ‘’heish ngantuk pula aku. huh, penerangan kau memang cukup panjang dan boleh buat novel. Ish..ish..ish..tak sangka aku kau ni ada keinginan nak cari perempuan macam tu. Apa susah bersepah perempuan cantik lagi baik dekat kolej tu. Pilih je lah yang mana satu kau nak. Tak payah susah-susah cari tampat lain. Kalau kat kolej tu, hari-hari boleh dating. Tak payah membazir kreadit semata-mata nak calling-calling, messeging-messeging perempuan yang jauh tu.’’

     Erry memandang eddy lalu menonjol kepalanya.

     ‘’ aduhh!! Woi! Sakitlah ’’ eddy mengossok-gosok kepalanya.

     ‘’ senang-senang je kau cakap suruh aku ambil budak satu kolej. Tak nak lah aku. Dah jemu tengok muka diorang yang kalau boleh nak pakai make-up satu inci. Lapas tu datang kolej muka macam pelakon opera dah aku tengok. Putih melepak. Tak tau lah tu dia pakai bedak ke tepung. bila nampak aku mula lah buat ala-ala girls generation tergedik-gedik. tayang-tayang  muka yang tak patut ditayang tu.

     kalau girls generation yg tayang muka kat aku nak juga aku tengok . sebab dia comel, cantik ’’ khaerryll tersenyum kemudian ketawa sebaik sahaja tamat bicara.girls generation yang dimaksudkan khaerryll ialah kumpulan penyanyi korea.

     Haiedhar pula sudah terkekeh-kekeh ketawa sambil memegang perutnya menahan sakit.

     ‘’ aduh sakit perutku. Hah!! Sempuutttt. Hahahahahaha ’’ Haiedhar meniru gaya dari kupulan maharaja lawak sepah.

No comments:

Post a Comment